Peminat dan pesaing Juventus F.C.

Rencana–rencana utama: Juventus Ultras, Derby della Mole, dan Derby d'Italia
Juventus menentang Torino dalam aksi derby della Mole pada musim 1965-66.

Juventus merupakan kelab memiliki peminat paling ramai di Itali iaitu dianggarkan sebanyak 12 juta peminat selain mewakili 29 peratus.[79] Selain itu, Juventus juga salah satu kelab paling ramai peminat di dunia dan mempunyai penyokong seramai 180 juta peminat (43 juta di Eropah)[80] terutamanya di negara-negara Mediterranean yang menerima ramai pendatang Itali.[81] Kelab Turin ini memiliki cawangan diseluruh dunia.

Permintaan Juventus untuk tiket dalam mana-mana perlawanan adalah tinggi. Juve juga semakin popular di Selatan Itali, Sicily dan Malta. Pasukan ini tetap mempunyai penyokong yang hadir walaupun Juventus bermain di tempat lawan dan kadang kala lebih ramai daripada di tempat sendiri.

Juventus mempunyai dua pesaing ketat. Pesaing ataupun sering digelar musuh ialah kelab Turin sendiri iaitu, Torino dan perlawanan kedua-dua pasukan ini disebut sebagai Derby della Mole (Pertembungan Turin). Permusuhan ini mengimbas kembali ke tahun 1906 apabila Torino ditubuhkan oleh pemain dan kakitangan Juventus yang berpindah dari kelab tersebut. Permusuhan paling terkenal ialah antara Juventus dengan Internazionale, dari Milan. Perlawanan kedua-kedua pasukan dirujuk sebagai Derby d'Italia (Pertembungan Itali) dan kedua-dua pasukan ini kerap mencabar antara satu sama lain di bahagian atas carta liga, oleh itu persaingan ini amat sengit. Terutamanya kedua-dua belah pihak ini kelab pertama dan kedua paling diminati di Itali dan persaingan ini telah kerap berlaku sejak 1990an dan mencapai peringkat tertinggi selepas skandal Calciopoli, di mana Juventus kembali semula ke Serie A.[82]

Selain itu, Juventus juga bersaing dengan Milan, Roma, Fiorentina dan Napoli.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Juventus F.C. http://www.bbc.com/sport/0/football/27463440 http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20140... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.espnfc.com/juventus/story/2858561/juven... http://www.eurosport.com/football/juventus-claim-b... http://www.exor.com/index.php?p=azionariato&s=inve... http://www.exor.com/index.php?p=profilo&s=exor&lan... http://www.exor.com/portfolio/portafoglio_investim... http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/matchrep... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-j...